1. Buat Kajian Terlebih Dahulu
Pernah atau tidak anda mendengar nama makanan atau nama restoran dan ingin mencuba walaupun anda tidak mengetahui apa-apa berkenaan makanan tersebut? Seeloknya anda digalakkan melakukan sedikit pencarian berkenaan makanan atau restoran tersebut
Lebih-lebih lagi apabila anda merupakan seorang yang mengalami alahan pada makanan. Adalah penting untuk memastikan bahan yang digunakan selamat unutk anda. Selain itu, memberikan anda sebuah gambaran jelas berkenaan hidangan tersebut agar tidak timbulnya seribu persoalan sementara menunggu makanan anda sampai.
2. Utamakan Restoran yang Pakar Dalam Makanan Tersebut
Adalah lebih baik pergi ke restoran yang sudah terkenal dengan sesebuah hidangan. Hal ini bagi memastikan anda dapat mengalami rasa hidangan antara yang terbaik dalam sesuatu masakan tersebut dan kurangkan rasa kecewa sekiranya rasa makanan yang anda rasa tidak menepati selera anda.
Cara ini boleh dilakukan dengan melihat dahulu penilaian pelanggan yang sebelum-sebelum ini dalam secara atas talian. Semakin banyak penilaian positif semakin tinggi anda akan merasai makanan yang sedap.
3. Cari Tempat yang Sesak
Dalam mencuba makanan yang baru anda sangat digalakkan untuk mencuba daripada restoran yang sesak ataupun yang banyak menerima pesanan. Jika sesebuah restoran itu menerima ramai pelanggan dan sesak sudah pasti kerana kualiti makanannya yang sedap dan menepati citarasa ramai orang.
Namun begitu berhati-hati supaya tidak memilih restoran yang terlalu sesak kerana dikhuatiri kualiti makanannya yang terjejas apabila pelanggan yang terlalu ramai
4. Bertanya dengan orang tempatan
Bak kata pepatah malu bertanya sesat jalan. Bertanya di dalam sesebuah komuniti tempatan mahupun secara atas talian ataupun secara luar talian. Hal ini bagi memastikan sesebuah makanan itu walaupun kita lihat tidak mempunyai pelanggan namun masih lagi menyajikan makanan yang enak.
Hal ini kerana mereka menyajikan makanan yang bukannya harian namun masih dicari oleh penggemarnya. Seharusnya kita bertanya bagi mengelakkan kesal dikemudian kerana tidak menepati citarasa mahupun tidak berpeluang untuk merasakan hidangan tersebut
5. Gunakan Lermenu
Tips yang terakhir ini kami mencadangkan anda supaya menggunakan lermenu bagi memudahkan anda menilai dan mencuba menu-menu baharu di tempat anda mahupun ditempat lain. Hal ini kerana Lermenu merupakan sebuah platform yang lengkap bagi memudahkan anda.
- Anda mampu melihat penerangan bahan dan kandungan bagi setiap menu.
- Mengumpulkan penilaian daripada pelanggan-pelanggan lepas
- Cadangan menu daripada pelanggan dan juga restoran.
- Selain itu, anda boleh membuat tempahan melalui lermenu
Tunggu apa lagi ?! layari Lermenu.com sekarang.