- Me’nate Steak Hub @ Bangi
- Red Card Cafe
- Jahhet Fine Meat Bangi
- Tok Wan Grill
- Farmgrill House
Me’nate Steak Hub @ Bangi
Me’nate merupakan sebuah steakhouse yang menyediakan pelbagai jenis potongan daging yang sudah sememangnya ‘premium’. Antara daging yang disediakan di sini adalah seperti daging rusa, wagyu, black angus, daging kambing dengan kualiti yang terbaik.
Daging yang dimasak sempurna dengan gaya masak yang cukup untuk membuat anda terliur. Harga yang diletakkan di setiap pek termasuk dengan harga upah memasak steak tersebut. Suasana kedai sangat mengagumkan dengan dekorasi yang sangat menarik dan selesa bagi pelanggan untuk menikmati juadah. Restoran ini terletak di tengah-tengah pusat Bandar Baru Bangi yang sememangnya meriah.
Red Card Cafe
Sebuah cafe yang terletak di seksyen 9 Bangi yang menyajikan pelbagai makanan yang berasaskan western. Tidak terlupa, mereka turut menyajikan steak yang sedap bagi penggemar steak. Anda juga boleh memilih tahap masak daging tersebut iaitu sama ada rare, medium rare, medium, medium well atau well done.
Tidak terlupa cafe ini turut menyajikan set makanan lengkap daripada pembuka selera sehinggalah pencuci mulut. Sepanjang 10 tahun beroperasi di Bandar Baru Bangi Red Card Cafe merupakan salah satu cafe restoran yang terbaik di Bangi.
Jahhet Fine Meat Bangi
Jahhet Fine Meat ini dilihat makin popular pada penduduk Bangi. Pengasas Jahhet ini meupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang steak. Sudah semestinya pemilihan daging dan potongan dagingnya juga berkualiti tinggi. Ditambah pula dengan gaya memasak steak yang premium dari chef yang terlatih.
Sudah pasti hidangan anda menjadi amat menyelerakan untuk dinikmati. Harga yang dipaparkan setiap pek sudah termasuk dengan upah memasak. Lokasinya yang berdekatan dengan Bangi Gateway memudahkan anda untuk makan makanan yang sedap selepas penat membeli belah.
Tok Wan Grill
Tok Wan Grill merupakan sebuah restoran yang menyediakan hidangan western lain daripada yang lain. Perapannya yang tersendiri beserta sos yang unik menjadikan tempat ini mendapat perhatian bagi penggemar steak. Tok Wan Grill menjadi tumpuan kerana rasanya yang unik dan kualiti dagingnya yang lembut.
Restoran ini terletak di Bangi seksyen 9, menggantikan restoran Fizomawar Kitchen suatu ketika dulu. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dengan hidangan yang premium ini.
Farmgrill House
Farmgrill House ini merupakan restoran yang diberi nafas baharu yang dahulunya dikenali sebagai Austin Steak House. Dengan dekorasi yang serba cantik ala ala British konsep menyebabkan restoran ini kelihatan sangat menarik. Hidangan juga tidak kurang hebatnya. Kualiti makanan yang mantap dan sedap menjadi salah satu sebab Farmgrill House menjadi tumpuan ramai orang.
Restoran ini terletak di seksyen 7, Bangi. Kepelbagaiannya dalam menyediakan makanan western menyebabkan restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan.